Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri. Terdapat dua kaedah di mana perintah kebankrapan boleh diberikan, iaitu (1) melalui petisyen pemiutang atau (2) individu secara sukarela mendapatkan perintah mahkamah untuk membankrapkan diri sendiri melalui petisyen penghutang.
Setakat bulan Disember 2024, sebanyak 133,884 kes kebankrapan sedang ditadbir oleh MDI. Tempoh kebankrapan yang lama bukan sahaja akan membebankan individu yang diistiharkan bankrap, malahan merugikan pihak Kerajaan kerana bankrap tidak dapat menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan ekonomi negara.
Sertai kami di webinar PERCUMA ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai pengenalan kebankrapan, pra-kebankrapan (prosiding kebankrapan), kesan daripada perintah kebankrapan termasuk sekatan-sekatan dan mekanisme untuk keluar daripada perintah kebankrapan.